PAPAR, SABAH – Empat (4) individu berumur 30 hingga 40-an yang disyaki pengedar dadah ditahan polis daerah ini di kawasan sekitar Bongawan, sini, pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Papar, DSP Batholomew Umpit berkata keseluruhan rampasan dari suspek-suspek lelaki terbabit adalah dadah jenis syabu seberat 77.72 gram.
“Hasil saringan air kencing mendapati mereka semua positif jenis dadah yang sama…
“Kesemua suspek telah disiasat masing-masing dibawah Seksyen 39B dan 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Batholomew berkata kejayaan tangkapan tersebut merupakan salah satu usaha pihak polis dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, disamping mencegah aktiviti jenayah khususnya di daerah Papar.
“Jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah dan jenyah lain di daerah ini bolehlah memaklumkan terus kepada pihak kami,” tambah beliau.





