Polis Tahan Philip Among Semasa Mengadakan Sidang Media Di Pejabatnya

Polis Tahan Philip Among Semasa Mengadakan Sidang Media Di Pejabatnya

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Polis Sabah menahan Philip Among untuk siasatan lanjut semasa mengadakan sidang media di pejabat Asia City beliau tengah hari, hari ini.

Penyelaras Parlimen P.173 Putatan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang telah digantung jawatannya kemarin menjadi tumpuan selepas timbul kes dakwaan gangguan seksual terhadap seorang peserta ratu cantik ‘Unduk Ngadau’ dan bertindak kasar ke atas anggota RELA di Dewan Hongkod KDCA.

Philip Among…

Kedua-dua dakwaan itu masing-masing diperkukuhkan dengan laporan polis yang dibuat dua hari lalu.

Philip melalui peguam pembela, Marcel Jude, berkata saman sivil telah difailkan ke atas peserta ratu cantik, anggota RELA dan akan sampai ke beberapa lagi portal berita atas penyebaran “tuduhan palsu” tersebut.

Pada awal pukul 1 petang beliau dilihat diiring pihak polis berpakaian awam dibawa masuk ke dalam sebuah Prado Land Cruiser.

Philip sempat mengatakan dalam sidang media separuh jalan beliau yang dia menjadi sasaran kedengkian musuh politik yang menggunakan program Unduk Ngadau Pesta Kaamatan di mana beliau seorang penganjur, “untuk menjatuhkan kerjayanya”.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali mengesahkan kejadian tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Datuk Hazani Ghazali…

“Peserta Unduk Ngadau sudah dipanggil untuk memberi keterangan hari ini…

“Hasil siasatan berhubung diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya.