Polis Tembak Tayar, Pengedar Dadah Terlepas

Polis Tembak Tayar, Pengedar Dadah Terlepas

0
SHARE
Kereta Perodua Kenari yang dinaiki suspek. - Foto (PDRM)...

SANDAKAN, SABAH – Satu das tembakan dilepaskan Polis daerah ini kepada bahagian tayar kenderaan suspek disyaki pengedar dadah yang bertindak agresif dalam satu serbuan di Jalan Sungai Manila, Batu 12, sini.

Tindakan pihak penguatkuasa pada tengah hari Isnin bagi menghentikan lelaki terbabit dari merempuh lima anggota polis dipertugas dalam operasi tangkapan di kawasan perumahan berkenaan.

Rakaman kejadian tersebut yang telah viral juga telah dimuat naik pada laman Facebook Sabah News.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek dalam satu kenyataan berkata kejadian berlaku di kawasan parkir.

“Anggota lain cuba menghentikan kenderaan itu dengan cuba memecahkan cermin hadapan dengan menggunakan alat ‘walkie talkie’ sehingga menyebabkan terdapat kesan hentakan pada cermin terbabit namun kenderaan itu berjaya meloloskan diri.

“Pasukan polis kemudian berjaya mengesan kenderaan itu di tepi jalan iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

“Usaha mengesan suspek giat dilakukan dan siasatan sedang dijalankan,” katanya…

Beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta tampil menghubungi pegawai penyiasat Asistan Superintenden (ASP) Jas Dewd di talian 013-3598455.