Maritim Malaysia Lancar Program Semarak Merdeka Bersama Komuniti Felda

Maritim Malaysia Lancar Program Semarak Merdeka Bersama Komuniti Felda

0
SHARE

TAWAU, SABAH – Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan yang ke 65, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,(Maritim Malaysia) Tawau melancarkan Program Semarak Merdeka yang diadakan di Felda Gugusan Umas, Tawau pada sabtu lalu.

Program yang menyasarkan komuniti felda setempat ini diadakan bagi menyemarakkan lagi suasana sambutan Hari Kebangsaan yang akan diraikan pada 31 Ogos ini.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, program Semarak Merdeka tahun ini agak berlainan kerana memilih komuniti felda yang melibatkan penduduk felda,warga Tadika Kemas Felda Umas, komuniti nelayan setempat dan warga Zon Maritim Tawau.

“Pemilihan komuniti felda adalah bagi mempromosikan peranan dan tugas Maritim Malaysia sebagai agensi keselamatan ke kawasan-kawasan pedalaman Sabah…

“Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah konvoi Merdeka,gotong royong perdana Tabika Kemas Felda Umas, penyerahan Jalur Gemilang,kempen kibarkan Jalur Gemilang dan aktiviti riadah bersama komuniti setempat.

“Objektif utama program ini diadakan bertujuan memupuk semangat patriotik dan cintakan negara di kalangan masyarakat serta mengukuhkan lagi perpaduan dan keharmonian dalam kepelbagaian budaya rakyat Malaysia,” katanya.

Tambahnya, Pihak Zon Maritim Tawau turut merakamkan penghargaan atas sambutan yang menggalakkan terutama kepada Ketua Kampung Felda Gugusan Umas, Otoh Bin Kanus dan Penyelia Tabika Kemas Felda Umas, Samsuria Binti Nanang serta seluruh komuniti felda yang turut serta bagi menjayakan Program Semarak Merdeka tahun ini.

“Maritim Malaysia sentiasa mengekalkan hubungan bersama masyarakat setempat dalam melaksanakan peranan tugas sebagai agensi keselamatan.

“Program di peringkat komuniti dilihat mampu untuk meningkatkan lagi silaturahim Keluarga Malaysia.

“Selamat menyambut Hari Kebangsaan Ke-65 tahun dari warga Zon Maritim Tawau,” katanya.