Polis Tidak Akan Berkompromi Keluarkan Kompaun Kepada Individu Langgar SOP PKP

Polis Tidak Akan Berkompromi Keluarkan Kompaun Kepada Individu Langgar SOP PKP

0
SHARE
Hazani (tengah) bersama Mazli (kiri) dan Saharan (kanan) bergambar dengan juadah berbuka puasa...

KOTA KINABALU, SABAH – Pihak polis tidak akan berkompromi tiba masa mengeluarkan kompaun kepada individu yang melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali menegaskan bahawa maksima 20 ahli keluarga sahaja dibernarkan berkumpul di dalam sebuah rumah manakala rumah terbuka dilarang sama sekali.

“Jika didapati bersalah individu-individu terbabit akan dikompaun dengan serta-mertanya…

“Polis Kontinjen Sabah telah membentuk 358 pasukan khas untuk meronda termasuk memantau secara siber aktiviti musim perayaan kelak.

“60 sekatan jalan raya (SJR) akan ditubuhkan semula di seluruh Sabah sepertimana dilaksanakan pada awal PKP tahun lalu,” katanya kepada ahli media.

Tegas beliau lagi, niat merentas daerah baik dibatalkan awal supaya tidak perlu membuang masa dengan pusingan U di mana-mana ‘roadblock’ berkenaan.

“Pergerakan bebas hanya dibernarkan di kawasan bandar Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan. Hanya mereka yang berkecemasan sahaja dibernarkan lalu…

“Kita mahu memastikan rantaian COVID-19 dapat dikawal dan dilandai,” tambahnya.

Beliau ditemu ramah selepas Majlis Pengagihan Bubur Lambuk daripada Koperasi Kakitangan PETRONAS (KOPETRO) kepada Kontinjen Sabah di IPK petang tadi.

Turut hadir Ahli Lembaga KOPETRO Datuk Saharan Untai dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Mazli Mazlan.

KOPETRO mengagihkan kira-kira 1,200 bungkusan bubur lambuk sebgaai tanda penghargaan terhadap PDRM sebagai barisan petugas hadapan.