KOTA KINABALU, SABAH – Punca seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal menggantung diri dalam rumahnya di Batu 8, Sandakan pagi tadi masih dalam siasatan.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata rekod bekerja mangsa 28-tahun itu menunjukkan prestasi baik dan tidak mempunyai masalah degan anggota lain mahupun pegawai.
Pendedahan Hazani bahawa mangsa baru sahaja menyambut majlis ulang tahun kelahiran anaknya yang ke-3 sehari sebelum insiden menambah kepada misteri.
“Tiada berlaku sebarang kejadian tidak diingini dan hubungan mangsa dengan isterinya juga dalam keadaan baik,” katanya.
Difahamkan selang beberapa jam selepas bersahur mangsa menggantung diri dan mayat dijumpai oleh si isteri sekitar 7.30 pagi.
Beliau merupakan anggota yang bertugas di Pasukan Polis Marin (PPM) sebagai Jurumudi Kapalronda PSB 2.
Mayat telah dihantar untuk bedah siasat di Hospital Duchess Of Kent, Sandakan.