PRN: Bekas Pemain Sabah FC Menang Di DUN Gurun

PRN: Bekas Pemain Sabah FC Menang Di DUN Gurun

0
SHARE

GURUN, KEDAH – Bekas Ketua Pasukan Sabah FC, Baddrol Bakhtiar, 35, memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun dengan 17,771 undi.

Baddrol yang bertanding di atas tiket Perikatan Nasional (PN) mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) Mohammed Firdaus Johari dengan majoriti 6,584 undi.

Untuk rekod ketika bersama pasukan bola sepak Sabah, Baddrol telah menjaringkan 15 gol untuk Sabah sejak menandatangan kontrak pada tahun 2022 sebelum berpisah Julai lalu.

Namun bukan Baddrol sahaja seorang pemain bola sepak yang beralih kepada politik sekaligus merangkul kemenangan atas tiket PN.

Muhamad Radhi Mat Din, 58, membuat kemunculan semula untuk mengalahkan Pengerusi PH Kedah Datuk Mahfuz Omar di DUN Alor Mengkudu.

Bekas pemain tengah bola sepak Kedah itu meraih 18,936 undi manakala Mahfuz memperoleh 8,832.

Sebelum ini beliau tewas kepada Mahfuz yang menyandang jawatan Ahli Parlimen Pokok Sena dengan majoriti 5,558 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Beliau juga aktif dalam politik, dan telah dipilih oleh Pas sebagai calon untuk kerusi Dun N08 Parlimen P08 Pokok Sena, Kedah Dalam pilihan raya tersebut, Radhi memperolehi 23,401 undi dan dikalahkan oleh Mahfuz Omar dari Pakatan Harapan (PH).