PRN17: Amanah Sabah Sasar Lima Kerusi Dalam ‘Pertarungan Persahabatan’ 

PRN17: Amanah Sabah Sasar Lima Kerusi Dalam ‘Pertarungan Persahabatan’ 

0
SHARE

KOTA KINABALU: Parti Amanah Negara (Amanah) telah melancarkan jentera pilihan raya negeri Sabah, meskipun rundingan agihan kerusi bersama Pakatan Harapan (PH) masih berlangsung.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Amanah memohon untuk bertanding lima kerusi termasuk Tanjung Aru, Lumadan dan Sulabayan, namun tiada keputusan muktamad setakat ini.

“Segala-galanya masih dalam rundingan,” katanya sambil menegaskan Amanah kekal komited bersama rakan gabungan PKR, DAP dan UPKO.

Mengulas kerusi Sulabayan yang merupakan kubu Warisan, beliau berkata tiada pengesahan rasmi walaupun disebut dalam ucapan.

Menjawab sentimen “Sabah untuk Sabahan” yang dicanang parti tempatan, Mohamad membalas:

“Siapa yang sebenarnya mainkan isu ini? Semua calon Amanah di Sabah adalah anak tempatan,” katanya.

Beliau turut mengumumkan kempen kecil-kecilan di seluruh negeri bagi mengukuhkan akar umbi parti.

Pengerusi Amanah Sabah, Lahirul Latigu, berkata Amanah bersedia bersaing secara sihat tetapi menekankan kepentingan mengelak pertembungan tiga penjuru.

“Kita minta lebih daripada lima kerusi, tetapi masih dalam rundingan. Kerjasama mesti ada sempadan jelas,” katanya.

Pada PRN 2020, Amanah hanya bertanding satu kerusi dan kini berharap memperluas pengaruh menerusi calon tempatan dan jentera yang diperkasa.

Kini, tiga kerusi yang mereka telah meminta untuk bertanding adalah Tanjung Aru, Sulabayan dan Lumadan.