145 Graduan Terima Diploma Dari Kolej SIDMA

145 Graduan Terima Diploma Dari Kolej SIDMA

0
SHARE
Sidma
Dr Morni menyampaikan anugerah Pelajar Terbaik SIDMA  ( Sumber Foto: Ihsan Kolej SIDMA )

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 126 graduan menerima Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, manakala seramai 19 graduan pula menerima Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang menjadi jumlah keseluruhan seramai 145.

Majlis Konvokesyen kali ke 9 ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif bagi KKIP Aerospace Training Centre, Datuk Dr Mohamad Dali Isa di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kota Kinabalu hari ini.

Dalam ucapan perasmian, beliau turut memuji Kolej SIDMA sebagai salah satu institusi pengajian tinggi swasta terkemuka yang dilengkapi dengan infrastruktur teknikal semasa dan dengan itu memberikan suasana kondusif bagi para pelajarnya.

Beliau berkata program Pendidikan Awal Kanak-Kanak sangat terbukti kerana Kolej SIDMA selangkah ke hadapan berbanding kolej lain dalam mengiktiraf kepentingan pendidikan awal bermula dari penjagaan kanak-kanak hingga ke tadika.

“Pendidikan adalah proses pembelajaran semasa dan secara peribadi berharap kepada semua graduan yang berada di sini hari ini akan terus belajar,” katanya. 

Tambah beliau Kolej SIDMA sebagai sebuah kolej tempatan kepada sebuah institusi yang mencapai kategori berdaya saing dan diiktiraf di Sabah merupakan satu pengalaman yang mencabar dan menarik.

“Saya difahamkan Kolej SIDMA menawarkan pendidikan pengajian tinggi dan mengadaptasi pembelajaran abad ke-21 yang berteraskan kepada pelajar.

“Kolej ini juga mengutamakan pendekatan pembangunan holistik di mana pelbagai pengetahuan dan kemahiran akan diasah agar para graduan kami akan mudah memasuki alam pekerjaan mahu pun memulakan perniagaan sendiri selaras dengan permintaan industri terkini” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Konvokesyen Kolwj SIDMA kali ke 9 hari ini.

Kolej SIDMA menawarkan program lain melalui kerjasama dengan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dalam pelbagai bidang pengajian yang sangat diperlukan dan melengkapi permintaan pelbagai industri di Malaysia pada masa kini.

Antaranya adalah Pengajian Asasi Seni, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian).

Manakala dua lagi merupakan program Ijazah Sarjana Pengurusan (MIM) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA).

Tidak ketinggalan dua program dibawah Kolej SIDMA sendiri iaitu Diploma Pengursan dan Diploma Pengurusan Sukan.