Noraniza, Hazama Tampil Berduet Dalam Single Penawar Kita

Noraniza, Hazama Tampil Berduet Dalam Single Penawar Kita

0
SHARE
Penawar
Poster single Penawar Kita ( Sumber Foto: Ihsan Luncai Emas Sdn Bhd dan NIPV Management Sdn Bhd )

KUALA LUMPUR- Dua penyanyi terkenal industri muzik Malaysia, Ratu Pop Etnik Negara, Noraniza Idris serta penyanyi lelaki popular Malaysia, Hazama , kini bersatu dalam karya muzik terbaru mereka berjudul Penawar Kita.

Dari segi konsep muzik kali ini, Luca Sickta telah menghasilkan muzik yang menggabungkan elemen tradisional dan moden yang sinonim dengan perwatakan nyanyian dari Noraniza Idris dan Hazama.

Penggabungan ini mencipta dinamika musik yang membawa perpaduan elemen tradisional dan moden.

Dalam satu kenyataan, Hazama menyatakan beliau berasa bertuah kerana dapat berpeluang berkolaborasi bersama dengan lagenda irama Malaysia itu.

“Kali pertama dapat panggilan projek ini saya terus setuju dengan tawaran dari Kak Ani.
Kebetulan pula saya memang peminat Kak Ani dari kecil lagi.

“Projek ini merupakan kali pertama saya merakamkan lagu yang bergenre Irama Malaysia. Tanpa tawaran ini , tidak mungkin berpeluang untuk merakamkan lagu yang berunsurkan Irama Malaysia kerana saya sememangnya membawakan genre rock ,” katanya.

Sementara itu, Noraniza berkata setelah rangka susunan muzik siap, beliau mencadangkan agar lagu terbabit diduetkan dengan artis baru atau sedang aktif.

“Ambil masa lama juga meninjau, satu hari saya buat satu program melibatkan Hazama dan saya terus terfikir untuk calonkan Hazama sebagai rakan duet.

“Usulan itu disambut baik oleh pengurusan Hazama. Bermulalah rakaman single ini.

‘’Penerbitan single ini dipantau sepenuhnya oleh Datuk M Nasir selaku penasihat single ini. Saya sangat berbesar hati dapat khidmat nasihat dari beliau yang merupakan nama besar yang dihormati dalam industri muzik hingga kini,” katanya.