Tetak Tunang Bekas Kekasih Kerana Cemburu

Tetak Tunang Bekas Kekasih Kerana Cemburu

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Penuh perasaan cemburu dan sakit hati, seorang lelaki sanggup menetak tunang bekas kekasihnya menggunakan parang di jejantas Putatan sini, Rabu minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata kejadian 6.30 petang itu membabitkan mangsa berumur 24 tahun dan suspek, 20.

“Mangsa diserang secara tiba-tiba sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian muka, kepala dan badan…

“Bertindak atas kejadian, suspek kemudiannya berjaya ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang pada 20 Mei lalu,” katanya kepada wartawan semalam.

Beliau berkata pihaknya turut berjaya merampas senjata parang yang digunakan dalam serangan tersebut.

“Kes ini dianggap selesai dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah,” tambahnya.