Rumah, Kereta Dan Motosikal Tinggal Abu

Rumah, Kereta Dan Motosikal Tinggal Abu

0
SHARE

NABAWAN, SABAH – Sekeluarga di Kampung Sepulut sini tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan kenderaan motosikal dan kereta jenis Honda Civic turut terbakar 100 peratus bersama rumah berukuran 30×40 kaki persegi itu.

“Tiada operasi pemadaman dilakukan, Pasukan Bomba hanya membuat pemeriksaan kebakaran,” katanya.

Jarak antara lokasi kejadian dan Balai Bomba dan Penyelamat Sook lebih kurang 7 kilometer.

“Operasi tamat pada jam 9 pagi,” lapor sumber yang sama.