PRN17: Tidak Mungkin PKR Sabah Kerjasama Dengan Warisan Lagi 

PRN17: Tidak Mungkin PKR Sabah Kerjasama Dengan Warisan Lagi 

0
SHARE

KOTA KINABALU: Tiada kemungkinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah untuk bekerja semula dengan Parti Warisan dalam pilihan raya kali ini kata Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin.

Jelasnya, setakat ini, PKR dan juga gabungan Pakatan Harapan (PH) Sabah selesa bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah di peringkat negeri dan Barisan Nasional di peringkat kerajaan Persekutuan.

Beliau menekankan autonomi PKR Sabah dengan mengatakan keputusan akhir dibuat kepimpinan negeri.

“Apa-apa perbincangan mengenai gabungan PH – Barisan Nasional di peringkat pusat tidak boleh diambil kira.

Katanya beberapa kenyataan pemimpin mereka sebelum ini juga seolah bersifat menyerang.

“Jadi buat apa kita bekerjasama dengan orang yang menyerang kita?

Katanya PH Sabah bersedia bertanding di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Rundingan kerusi di antara PH Sabah hampir dimuktamadkan. Rundingan seterusnya perlu dilakukan dengan parti lain,” Ketua Cabang PKR Tuaran itu berkata pada sidang media hari ini.