Projek Jeti Perikanan Kibagu, Sepanggar Diteruskan

Projek Jeti Perikanan Kibagu, Sepanggar Diteruskan

0
SHARE
Jeffrey
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan

KOTA KINABALU, SABAH – Pembinaan sebuah pusat pelabuhan nelayan (i-Port) yang diluluskan pada tahun 2018 kekal sebagai solusi jangka masa panjang kesesakan di Pasar SAFMA Kota Kinabalu.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata bagi tujuan itu, Jabatan Perikanan telah memohon satu kawasan di Kibagu, Sepanggar.

“Pembinaan sebuah jeti di Kuala Abai di teluk Usukan, Kota Belud boleh dipertimbangkan,” katanya kepada wartawan ketika melawat SAFMA pada Selasa.

Pada tahun 2018, kerajaan Warisan ketika itu telah meminta tanah seluas 20 ekar untuk pembinaan pusat pelabuhan tersebut.

Katanya, rekod vesel yang berdaftar dengan Jabtan perikanan di Kota Kinabalu pada tahun 2022 lebih kurang 896 buah dan manakala lebih kurang 200 vesel komersial menggunakan jeti SAFMA sepenuhnya.

“Dengan keadaan jeti SAFMA yang agak sempit, adalah perlu untuk ia dibesarkan atau sebaiknya dipindahkan ke lokasi yang lebih strategik dan memenuhi keperluan.

“Vesel sedia ada dan juga vesel laut dalam kategori C2 di jangka akan bertambah sejak Jabatan Perikanan di beri kuasa melesenkan lesen laut sejak Oktober 2021,” katanya.

Sabah mencatat tangkapan laut bernilai RM1.52 bilion pada tahun 2022 bersamaan dengan 230, 170.81 metrik tan.

Di Kota Kinabalu sahaja, 70,460.12 metrik tan tangkapan laut bernilai RM534.48 juta direkod bagi tahun yang sama.

Manakala bagi tahun 2023, berat tangkapan sebanyak 212,795.64 metrik tan dengan anggaran nilai RM1.40 bilion.

Jeffrey berkata terdapat penurunan dalam jumlah tangkapan (11.04 peratus) dan penurunan nilai (7.55 peratus).

Beliau berkata cuaca dan pengurangan subsidi minyak diesel menjadi antara faktor penjejas.