Tidak Sampai 24 Jam ‘Viral’, Jalan Belubang di Pekan Telupid Diturap Semula

Tidak Sampai 24 Jam ‘Viral’, Jalan Belubang di Pekan Telupid Diturap Semula

0
SHARE
Foto: Jabatan Kerja Raya Sabah

TELUPID: Pengguna jalan raya di kawasan daerah Telupid berkongsi perkembangan jalan raya yang berlubang di bulatan pekan itu telah diturap semula hari ini setelah ‘viral’ atau tular di media sosial sejak semalam.

Justeru itu, ‘netizen’ menyambut baik usaha penglibatan orang awam (Citizen Journalist) yang menularkan masalah yang berlaku kerana melihat tindakan akan lebih cepat diambil oleh pihak berkuasa, kongsi Sabah Info menerusi laman Facebook. 

Sebelum ini mengikut perkongsian salah seorang pengguna, George Odol, jalan itu telah diselenggara beberapa minggu lepas, namun lubang yang diturap telah kembali kepada asal, iaitu berlubang semula.

“Ini diselenggara lebih kurang tiga minggu yang lalu, bukan tiga tahun yang lalu, tetapi keadaannya sudah balik seperti yang asal. Ini amat menyusahkan pengguna jalan raya.

“Jadi, kepada kementerian dan jabatan yang berkenaan, tolong-tolonglah pantau kerja kontraktor yang mendapat tender untuk penyelanggaraan di kawasan Telupid dan Tongod,” kongsinya.

Menurutnya lagi, keadaan tersebut amat memalukan kerana jalan raya tersebut adalah jalan utama menghubungkan Pantai Barat dan Pantai Timur Sabah.

“Slogan Sabah Maju Jaya itu dapat direalisasikan jika semua kementerian dan jabatan mengaja kualiti kerja,” katanya menerusi perkongsian video keadaan jalan raya tersebut.