Bomba Papar Bantu Kanak-Kanak OKU Terperangkap Dalam Kereta

Bomba Papar Bantu Kanak-Kanak OKU Terperangkap Dalam Kereta

0
SHARE
Bomba
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang terkunci ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

PAPAR, SABAH – Pasukan bomba berjaya mengeluarkan seorang kanak-kanak lelaki yang terkunci di dalam sebuah Proton Saga FLX berhampiran Sekolah Menengah Agama Pantai Manis petang tadi.

Difahamkan, mangsa berusia 10 tahun terbabit dalam insiden kira-kira empat petang itu merupakan orang kurang upaya (OKU).

“Sepasukan tiga anggota Balai Bomba dan Penyelamat Papar bertindak membuka pintu kereta terkunci dengan menggunakan peralatan khas.

“Jentera tiba ke lokasi dalam masa lapan minit dari masa panggilan kecemasan dibuat.

“Operasi tamat pada jam 4.24 petang manakala mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata jurucakap agensi.