TIADA SIAPA-SIAPA PERLU DISALAHKAN, PRU15 WAJIB BERLAKU – KATA MUHYIDIDN KEPADA ISMAIL...

TIADA SIAPA-SIAPA PERLU DISALAHKAN, PRU15 WAJIB BERLAKU – KATA MUHYIDIDN KEPADA ISMAIL SABRI

0
SHARE
Tan Sri Muhyiddin Yassin...

KOTA KINABALU, SABAH – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyalahkan beliau dan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) sebagai punca diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebagai tidak bertanggungjawab.

Pengerusi PN itu berkata, Perdana Menteri tidak sepatutnya menyalahkan sesiapa berhubung perkara itu, sebaliknya perlu bertanggungjawab terhadap apa yang sudah dilakukan.

“Ia sangat tidak bertanggungjawab apabila Perdana Menteri menyalahkan saya dan ahli Kabinet mengenai apa yang berlaku sekarang…

“Mereka tidak patut salahkan sesiapa, mereka yang bertanggungjawab. Kita tidak pertikaikan keputusan Yang di-Pertuan Agong yang perkenan PRU-15 atas budi bicara baginda kerana ia mengikut perlembagaan,” katanya ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan BERSATU di sini pada malam Selasa.

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengadakan pertemuan dengan Badan Pimpinan Bersatu Sabah di Pejabat Bersatu Sabah, Alamesra, Kota Kinabalu malam tadi…

Berita Harian melaporakan Muhyiddin sebagai berkata, pihaknya meminta supaya seboleh mungkin tidak diadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat ketika seluruh negara berdepan dengan ancaman banjir.

“Wakil saya dalam Kabinet berhak (mengutuskan warkah) kerana tiada perbincangan secara mendalam dan diputuskan dalam Jemaah Menteri untuk bubarkan Parlimen…

“Saya juga sebenarnya ada perjanjian dengan Ismail Sabri ketika beliau jadi Perdana Menteri dan antara kandungannya kalau nak bubar Parlimen sewajarnya bincanglah dengan pemimpin PN,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, apa yang dilakukan PN adalah untuk melaksanakan tanggungjawab parti terhadap kebajikan dan keprihatinan terhadap rakyat.

Media sebelum ini melaporkan, Ismail Sabri mendedahkan tindakan Muhyiddin dan 12 menteri PN mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong membuatkan baginda kecewa dengan perkembangan politik semasa.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, pembubaran Parlimen semalam adalah rentetan daripada tindakan Muhyiddin dan 12 menteri terbabit yang menunjukkan sikap tidak wajar.