TAJUDDIN BAKAL DIGANTUNG KEAHLIAN UMNO?

TAJUDDIN BAKAL DIGANTUNG KEAHLIAN UMNO?

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Lembaga Disiplin UMNO dijangka bakal menggantung keahlian bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, selepas mengkritik Datuk Seri Zahid Hamidi secara terbuka dalam satu sidang media baru-baru ini.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak mendedahkan Zahid telah memaksa Ahli Parlimen UMNO menandatangani akuan berkanun (SD) untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan.

Menurut sumber dalaman UMNO, laporan salah laku rasmi ke atas Tajuddin akan dibuat oleh beberapa ahli UMNO yang berpihak kepada Zahid bagi membolehkan Lembaga Disiplin UMNO menggantung keahlian Tajuddin.

Untuk rekod, sebelum ini beberapa pimpinan UMNO turut digantung keahlian mereka selepas membuat kritikan terbuka ke atas Zahid dalam menyokong Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Antara mereka ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz serta Exco Pemuda, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai ‘Papagomo’. Kedua-dua mereka telah digantung selama ENAM (6) tahun.

 

Tun Faisal Ismail Aziz serta dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo)…

Pada April tahun lalu, Papagomo telah membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat perbualan melalui telefon yang didakwa antara Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Zahid Hamidi sebelum ini pada 08 April 2021 menyatakan akan membuat laporan Polis menafikan kerjasama dengan Anwar melalui rakam audio tetapi sehingga kini belum membuat laporan…(Sumber Foto dipetik Astro Awani)

Dalam pada itu, Zahid Hamidi pada bulan April 2021 berkata beliau telah mengarahkan pegawainya untuk membuat laporan polis berhubung penularan rakaman audio terbabit namun sehingga ke hari ini tiada laporan Polis direkodkan.

Zahid Hamidi pada 07 April 2021 telah mengarahkan pegawainya membuat laporan Polis menafikan kerjasama dengan Anwar melalui rakam audio tetapi sehingga kini belum membuat laporan…(Sumber Foto dipetik Astro Awani)

Menurut beberapa pemimpin UMNO, Zahid Hamidi sepatutnya dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO dan bukannya Tajuddin. Mereka berpendapat bahawa Zahid secara jelas telah berbohong kepada tiga juta ahli UMNO.

Mereka turut mendakwa beliau tidak pernah menandatangani SD menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya pendedahan oleh Tajudidn adalah bahan bukti jelas bahawa Zahid telah terlibat secara langsung menyokong Anwar Ibrahim termasuk DAP.

Sumber dalaman parti itu menekankan peribahasa ‘berani kerana benar’.

“Tajuddin sepatutnya dijadikan saksi utama menghadap Lembaga Disiplin UMNO dan sekiranya didapati berbohong, Zahid sepatutnya memfailkan saman fitnah dan laporan Polis ke atas Tajuddin,” katanya.