Projek ‘Laluan Kreatif’ Bakal Jadi Tarikan Pelanconggan Di Sandakan – KePKAS

Projek ‘Laluan Kreatif’ Bakal Jadi Tarikan Pelanconggan Di Sandakan – KePKAS

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) juga tidak ketinggalan mengikuti trend masa kini yang mana bangunan lama diperindahkan.

Dengan membabitkan kos RM200,000, trend tersebut mampu menarik ramai pengunjung untuk merakam gambar dan menghayati hasil seni kreatif anak tempatan.

Antara projek yang dimaksudkan adalah ‘laluan kreatif’ berkonsepkan “Bringing Memories Back” bakal menjadi tarikan pelancongan baharu di Sandakan Sabah.

Laluan kreatif itu dapat mengembalikan memori pasar lama sandakan yang menjadi pusat aktiviti perniagaan masyarakat Sandakan suatu ketika dahulu.

Pasar lama tersebut telah dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek Sandakan Harbour Square dan digantikan dengan pasar lebih moden seperti yang ada hari ini.

Menteri KepKAS, Datuk Jafry Ariffin berkata, rupa bangunan lama yang sebelumnya pudar kini berubah menjadi panorama yang memberikan pesona berbeza.

Tambahnya, projek lukisan mural juga telah dirancang dan kini dalam proses pelaksanaan bagi mencantikkan lagi laluan kreatif itu.

“KEPKAS yakin ia bukan saja memberi nilai tambah kepada produk pelancongan tetapi juga bakal menjadi tumpuan pelancong berswafoto sekaligus membantu mempromosi daerah Sandakan khususnya di media sosial,” katanya.