Proton Saga Terbabas, Terbakar 100 Peratus

Proton Saga Terbabas, Terbakar 100 Peratus

0
SHARE
Foto: Ihsan JBPM Sabah

PITAS: Seorang lelaki berdepan detik cemas ketika kenderaan dipandunya terbabas dalam parit sebelum terbakar di jalan Kampung Kabatasan, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, kenderaan jenis Proton Saga telah terbabas dan terbakar 100 peratus.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 6.45 pagi.

“Mangsa, Moringoh Rumunsak mengalami cedera ringan dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

“Pasukan bomba kemudian melakukan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula air dari tangki jentera,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Setelah keadaan terkawal, pasukan bomba kemudian menamatkan operasi pemadaman pada jam 8 pagi.