Pemandu Aruz Parah Rempuh Belakang Lori Tangki Minyak Sawit

Pemandu Aruz Parah Rempuh Belakang Lori Tangki Minyak Sawit

0
SHARE

TAWAU: Pemandu sebuah Perodua Aruz cedera parah selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak kelapa sawit berhampiran Kilang Sabah Softwood, Jalan Kalabakan pada Rabu

Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, mangsa lelaki berusia 26 tahun dilaporkan tersepit dalam kenderaan tersebut.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, terdapat 4 orang mangsa yang terlibat.

“Dua mangsa yang mengalami cedera ringan telah dihantar ke hospital oleh Pihak Ambulans sebelum ketibaan Pasukan Bomba.

“Mangsa tersepit yang mengalami cedera parah berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba dengan menggunakan peralatan khas.

“Seorang mangsa lelaki yang juga berusia 26 tahun telah dikeluarkan oleh orang awam,” kata seorang jurucakap bagi agensi.

Katany, pasukan EMRS Bomba bertindak memberikan rawatan awal kepada kedua-dua mangsa sebelum mereka dikejarkan ke Hospital Tawau oleh Pihak Ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.