KOTA KINABALU, SABAH – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (GRS-BN) memenangi 13 kerusi Parlimen di negeri ini.
Berdasarkan rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), GRS telah berjaya mendapatkan kerusi Parlimen Keningau, Papar, Sipitang, Tawau, Ranau dan Batu Sapi.
Manakala BN Sabah telah berjaya memperoleh kerusi Parlimen Beaufort, Libaran, Kinabatangan, Putatan, Kimanis, Pensiangan dan Kalabakan.
Sebanyak lima kerusi Parlimen membabitkan Sepanggar, Penampang, Sandakan, Kota Kinabalu dan Tuaran telah dimenangi Pakatan Harapan (PH).
Parti Warisan Sabah (WARISAN) telah memenangi tiga kerusi Parlimen iaitu kerusi Parlimen Semporna, Kota Belud dan Lahad Datu.
Dua kerusi Parlimen Kudat dan Tenom masing-masing dimenangi calon bebas dan satu kerusi Parlimen iaitu Beluran dimenangi Perikatan Nasional (PN).