Punca Berkenaan ‘Kluster Sivagangga’ Cepat Merebak Berbanding Kluster Lain Diketahui

Punca Berkenaan ‘Kluster Sivagangga’ Cepat Merebak Berbanding Kluster Lain Diketahui

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Penemuan baharu terhadap kes perebakan pantas kes COVID-19 yang berlaku daripada kalangan ‘Kluster Sivagangga’ ditemui.

Institut Penyelidikan Perubatan IMR dalam satu kenyataan semalam mengesahkan mutasi jenis D614 telah dikesan untuk kontak rapat kes Sivagangga dan juga 1 kes dari Ulu Tiram (Individu dari filipina).

Virus ini telah terbukti 10 kali ganda lebih mudah menjangkiti individu lain jika di sebarkan oleh individu Superspreader dan inilah punca menyebabkan kes Kluster Sivagangga merebak dengan pantas dari kluster kluster lain.

Menurut sumber, mutasi virus ini mungkin menyebabkan vaksin sedia ada yang sedang dalam kajian dan pembangunan TIDAK BERKESAN terhadap virus mutasi ini.

Memetik info daripada Public Health Malaysia, virus ini ‘bijak’, di mana ia akan sentiasa bermutasi dan berubah struktur supaya ia dapat terus tersebar dikalangan manusia.

Pada masa yang sama, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKm) terus menasihati masyarakat Malaysia untuk terus lebih bijak kerana kita tahu ada cara pencegahan untuk menghentikan penyebaran ini dengan mematuhi SOP, menjaga kebersihan dan memakai pelitup muka (facemask).