Pusat Tahfiz Perlu Daftar JHEAINS Supaya Tidak Keciciran

Pusat Tahfiz Perlu Daftar JHEAINS Supaya Tidak Keciciran

0
SHARE

TAWAU, SABAH – Semua pusat tahfiz persendirian di Sabah yang masih belum berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) perlu segera mendaftar bagi tujuan pemantauan dan penyaluran bantuan.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata masih banyak pusat tahfiz di negeri ini yang gagal berdaftar dengan JHEAINS.

“Kegagalan mendaftar akan menyebabkan kemungkinan keciciran dalam mendapat bantuan pada kemudian hari,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada asnaf dan melawat tapak bazar Masjid Al-Kauthar di sini, kelmarin.

Katanya, di bahagian pantai timur sahaja, difahamkan terdapat lebih 10 pusat tahfiz yang masih belum mendaftarkan institutsi mereka.

Sementara itu, Mohd Arifin berkata lebih banyak bazar masjid akan didirikan di Sabah.

“Misalnya Bazar Majlis Al-Kauthar dengan 26 kedai di sini yang bernilai RM3.8 juta itu dijangka siap menjelang akhir tahun ini,” katanya menambah, bazar masjid itu secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi umat Islam di kawasan terlibat.