Puteri UMNO Disaran Terus Melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Kepada Masyarakat

Puteri UMNO Disaran Terus Melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Kepada Masyarakat

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pergerakan Puteri UMNO di seluruh bahagian negeri ini diminta terus memainkan peranan terutamanya dalam melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Ketua Puteri UMNO Sabah Dr. Fadilah Sarbi berkata ketika negara berhadapan dengan penularan pandemik COVID-19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) banyak pihak terjejas yang memerlukan bantuan.

Menurut Fadilah tidak kira jumlah dan dalam bentuk apa sumbangan yang boleh diberikan kepada mereka yang amat memerlukan kerana dalam situasi sekarang sumbangan tersebut amat besar nilainya kepada mereka yang terjejas teruk ketika ini.

“Parti, khususnya Puteri Umno perlu terus aktif memberi sumbangan kepada masyarakat. Ini termasuklah dalam bidang pendidikan dan bidang-bidang lain yang memberi manfaat kepada pembangunan rakyat selain menumpukan kepada politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan makanan kering dan dua (2) set penyukat suhu badan (Thermometer) di Sk Malawa kelmarin.

Hadir sama Guru Besar Sk Malawa Jaimie Mosliem dan ahli jawatankuasa Pergerakan Puteri Umno.

Dalam pada itu Fadilah yang juga Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, mengajak masyarakat agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Menurut beliau selain pematuhan (SOP) masyarakat juga perlu cakna kepada pemberian Vaksin keutamaan tanpa rasa takut atau was-was untuk menerimanya.

“Kerajaan hari ini telah melakukan transformasi bagi pemberian vaksin kepada rakyat dengan pembukaan lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) selain pemberian vaksin secara ‘Walk-In” yang perlu dimanafaatkan oleh orang ramai,” katanya

Menurutnya hampir setiap pertubuhan kesihatan percaya dan yakin bahawa vaksin adalah pelaburan terbaik untuk kesihatan awam.

“Vaksin terbukti menyelamatkan jutaan nyawa dan melindungi jutaan manusia daripada penderitaan dan kesengsaraan…

“Dalam konteks COVID-19, diakui vaksin adalah ikhtiar bagi memastikan kita tidak dijangkiti virus pembunuh berkenaan.

“Lantaran itu, rakyat Malaysia harus patuh dan memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan bagi menangani pandemik menerusi penggunaan vaksin,” tambah Fadilah.