AMMAN, JORDAN – Sejak berlakunya pertelingkahan yang pernah menggegarkan negara, Raja Jordan iaitu Abdullah (bekas Putera Mahkota) dan saudara tirinya Putera Hamzah membuat penampilan pertama mereka untuk bersama-sama pada hari Ahad (11 April) yang menandakan 100 tahun kemerdekaan Jordan.
Menurut sumber media negera itu menunjukkan raja dan anggota keluarga kerajaan lainnya meletakkan himpunan bunga sebagai tanda peringatan kepada askar yang berkorban untuk negara dan makam kerabat diraja di istana Raghdan di Amman.
Hamzah berjanji setia kepada Raja Abdullah pada hari Isnin susulan kepada pengantaraan keluarga diraja, dua hari setelah pihak tentera memberi amaran kepadanya mengenai tindakan yang dikatakan merosakkan keselamatan dan kestabilan Jordan.
Pada hari Rabu, dalam pernyataan pertama sejak punca pertelingkahan itu terungkap, Raja Jordan mengatakan hasutan telah dihapuskan dan Hamzah “berada di bawah jagaan saya”, bersama keluarganya di istananya.
Raja mengatakan krisis itu “paling menyakitkan” kerana ia datang dari dalam keluarga kerajaan dan di luarnya.
Ketiadaan Hamzah setelah dia muncul dalam sebuah video pada 3 April yang mengatakan dia telah diperintahkan untuk tinggal di rumah dan menuduh Kerajaan Negara itu melakukan rasuah dan pemerintahan yang ‘otoriter’ menyebabkan spekulasi tentang keberadaannya.
Minggu lalu, ketika mengumumkan pihak tentera telah memberi amaran kepada Hamzah mengenai tindakannya, Kerajaan mengatakan bahawa Hamzah telah berhubung dengan orang-orang yang berkaitan dengan pihak asing yang mana berusaha untuk menggangu sistem pentadbiran Jordan.
Hamzah diharapkan akan menggantikan Abdullah sebagai Raja Jordan yang seterusnya, sehingga raja menjadikan puteranya sendiri, Putera Hussein, sebagai pewaris pada tahun 2004, sesuai dengan tradisi keluarga.
Sementara Hamzah dan Abdullah secara terbuka menghentikan segala perbalahan yang berlaku, peristiwa-peristiwa dramatis yang lalu memperlihatkan kesalahan dalam keluarga Kerajaan telah membantu melindungi Jordan dari pergolakan yang telah melanda negara jiran Syria dan Iraq.
Keretakan dalam monarki telah menggegarkan reputasi negara sebagai negara yang stabil di wilayah yang tidak stabil.





