Ratu Elizabeth II Dijangkiti COVID-19

Ratu Elizabeth II Dijangkiti COVID-19

0
SHARE

LONDON, BRITAIN – Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II telah disahkan positif Covid-19, umum Istana Buckingham pada Ahad.

Memetik laporan CNN, Istana Buckingham mengumumkan perkara ini selepas dua minggu mengunci mulut mengenai keadaan kesihatan Ratu Elizabeth.

Jangkitan ratu berusia 95 tahun itu dipercayai adalah daripada anakandanya, Putera Charles yang disahkan positif 10 hari lalu diikuti isterinya, Camilla tiga hari kemudian.

“Buat masa ini, baginda hanya mengalami simptom ringan seperti selesema dan akan terus dipantau oleh pasukan perubatan diraja.

“Baginda dijangka akan meneruskan tugasan diraja dalam skala ringan pada minggu-minggu akan datang,” demikian menurut kenyataan istana.