Razzidin Robert Letak Jawatan Timbalan Ketua Exco Wiramuda dan Keluar STAR Sabah

Razzidin Robert Letak Jawatan Timbalan Ketua Exco Wiramuda dan Keluar STAR Sabah

0
SHARE

KENINGAU: Razzidin Robert mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Exco Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah serta keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kenyataan hari ini, Razzidin berkata keputusan itu dibuat selepas pertimbangan teliti dengan mengambil kira hala tuju serta keperluan dirinya dalam meneruskan khidmat kepada masyarakat.

“Ini bukan keputusan yang mudah, namun saya percaya ia adalah langkah paling wajar pada ketika ini,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh kepimpinan parti, rakan seperjuangan, ahli serta penyokong yang telah memberikan kepercayaan dan kerjasama sepanjang penglibatannya dalam parti.

Menurutnya, segala pengalaman yang diperoleh dalam STAR Sabah akan terus menjadi asas penting dalam perjalanan beliau seterusnya.

Razzidin berkata, beliau akan terus berbakti kepada masyarakat Sabah khususnya di kawasan Parlimen Keningau melalui pendekatan yang lebih sesuai, berlandaskan prinsip dan nilai yang dipegangnya demi Sabah yang lebih baik.

Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Exco Wiramuda STAR Sabah.