KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd akan memberikan rebat elektrik sebanyak 2.5 peratus kepada 661,774 pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, dengan jumlah keseluruhan RM10.4 juta yang akan dikreditkan terus ke akaun bil secara berperingkat bermula Januari 2026.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, rebat itu adalah bayaran faedah ke atas deposit tunai pengguna seperti diperuntukkan di bawah Electricity Supply Enactment 2024 dan Licensee Supply Regulations 2024.
Beliau menjelaskan, wang cagaran bersamaan anggaran dua bulan bil elektrik berdasarkan purata enam bulan terakhir dan disemak setiap enam bulan.
Penambahan cagaran hanya dibuat jika penggunaan meningkat, manakala lebihan boleh dipulangkan kepada pengguna atas permintaan melalui rebat bil.
Sabah Electricity turut menggalakkan pengguna memantau penggunaan melalui portal dan aplikasi rasmi syarikat bagi mengurus perbelanjaan dengan lebih berkesan.
Maklumat lanjut boleh diperoleh di pejabat berhampiran atau melalui talian 15444 dan 088-515000.






