TUARAN: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas terjatuh ke dalam sungai di Kg. Rangalau Lama, Jalan Kiulu, pada petang Ahad.
Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBP) Tuaran, panggilan kecemasan diterima pada 4.49 petang.
Difahamkan, rakan mangsa melaporkan insiden itu kepada orang awam sebelum bomba sampai.
“Mangsa berjaya ditemui oleh orang awam dan dibawa ke hospital oleh pihak polis, namun disahkan meninggal dunia.
“Operasi tamat sepenuhnya pada 6.30 petang selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi,” kata seorang jurucakap agensi.






