Remaja Cedera Dalam Kemalangan Motosikal di Jalan Sungai Kayu Batu 7, Sandakan

Remaja Cedera Dalam Kemalangan Motosikal di Jalan Sungai Kayu Batu 7, Sandakan

0
SHARE

SANDAKAN: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun mengalami kecederaan ringan selepas motosikal yang ditungganginya terbabas sendiri ke kawasan semak dalam satu kemalangan di Jalan Sungai Kayu Batu 7 petang kelmarin.

Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada jam 3.26 petang melalui talian MERS999, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 11 kilometer dari balai.

Menurut Pegawai Operasi, Rosemidian @ Rosdi Majid, pasukan tiba di lokasi pada jam 3.40 petang dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda Modenas yang dipercayai terbabas sendiri.

“Seorang mangsa lelaki berusia 19 tahun mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan. Pasukan bomba memberi rawatan awal sebelum mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Operasi pemantauan dan pemeriksaan keselamatan di kawasan kejadian dilakukan bagi memastikan tiada risiko bahaya lain. Operasi ditamatkan pada jam 4.07 petang.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden ini.

Turut terlibat dalam operasi ialah seramai 6 anggota bomba bersama sebuah jentera FRT dari BBP Sandakan.