Remaja Lelaki 16 Tahun Ditahan Polis, Dipercayai Buat Gangguan Seksual

Remaja Lelaki 16 Tahun Ditahan Polis, Dipercayai Buat Gangguan Seksual

0
SHARE

TAWAU: Seorang remaja lelaki ditahan pihak polis bagi membantu siasatan berdasarkan satu laporan polis yang diterima berkaitan dengan kes gangguan seksual.

Kejadian ini terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, kejadian itu berlaku dirumah mangsa dimana suspek dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa.

“Akibat kejadian itu, mangsa kemudiannya membuat laporan polis di balai polis berhampiran,” katanya ketika dihubungi pihak media.

Tegasnya lagi, suspek yang berumur 16 tahun itu telah ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau bagi membantu siasatan dibawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.