PENAMPANG: Seorang penunggang motosikal berusia 18 tahun maut selepas hilang kawalan dan merempuh sebuah kereta usang di tepi jalan Kg Buit Hill di Putatan pada Selasa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Erwansyah Abdul Basir berkata, pasukan perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi dalam insiden pukul 11.45 pagi itu.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan manakala saksi-saksi kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp. Saparia Ladoni di talian 019-8095133.
“Orang ramai dinasihatkan berhati-hati di jalan raya dan tidak memuat naik imej atau klip kejadian di media sosial untuk menghormati ahli keluarga mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.