PENAMPANG, SABAH – Seorang ‘rider’ Grab maut bertembung dengan lori kurier J&T di Jalan Papar Lama, Penampang, pada jam 1.50 petang tadi.
Ketua polis daerah, DSP Mohd Haris Ibrahim berkata mangsa berumur 33 tahun dan juga seorang anggota sukarelawan simpanan polis (SSPPDRM) Kota Kinabalu.
“Mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Queen Elizabeth 1,” katanya.
Hasil siasatan awal pihak polis mendapati, kemalangan dipercayai adalah berpunca akibat daripada kecuaian pemandu lori.
“Pemandu terbabit gagal mengawal kenderaan lalu terbabas di tengah pembahagi jalan dan melanggar penunggang motosikal dari arah yang bertentangan,” tambah beliau.
VIDEO daripada rakaman CCTV premis berhampiran yang jelas menunjukkan lori kurier J&T hilang kawalan sebelum melanggar motosikal milik seorang ‘rider’ Grab…
Haris menasihati orang awam agar tidak menularkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian yang boleh mengganggu siasatan dan juga sensitiviti keluarga mangsa.