Rombongan Bertukar Tragedi, Pelajar Indonesia Mati Lemas Di Karambunai

Rombongan Bertukar Tragedi, Pelajar Indonesia Mati Lemas Di Karambunai

0
SHARE
Bomba
Anggota pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu mengusung mayat mangsa kanak-kanak lelaki 12 tahun ke pantai ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Rombongan pelajar Sekolah Indonesia ke Karambunai bertukar tragedi apabila salah seorang pelajar lelaki berusia 12 tahun mati lemas ketika bermandi manda di Pantai Kampung Bakasan hari ini.

Seramai 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu diketuai Amran Lawadin bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan 8.57 pagi tadi.

“Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat menggunakan kaedah permukaan air menggunakan bot penyelamat di kawasan mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa kemudian berjaya dijumpai pada jam 10.25 pagi 40 meter dari pantai dalam kedalaman dua meter,” kata seorang jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Katanya, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia di tempat kejadian dan mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.