Rumah Atas Air Jatuh Ditiup Angin Kencang

Rumah Atas Air Jatuh Ditiup Angin Kencang

0
SHARE
Beluran
Rumah terjatuh ke dalam air selepas angin kencang meniup Kampung Kulapis Paris ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

BELURAN, SABAH – Sebuah rumah terjatuh ke dalam air selepas angin kencang meniup Kampung Kulapis Paris pada Sabtu.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan tujuh sekelurga berada dalam rumah tersebut dalam insiden 5.50 petang itu.

“Mangsa yelah dikeluarkan oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Kulapis Paris dan ditempatkan ke tempat selamat sebelum ketibaan pasukan bomba,” kata seorang jurucakap bagi agensi.

Katanya sekumpulan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Beluran menjalankan pemeriksaan kawasan kejadian bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain berlaku.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.29 petang,” tambahnya.