Rundingan 40 Peratus Sabah Gagal Capai Kemajuan Pada Hari Ke-90 – Roger...

Rundingan 40 Peratus Sabah Gagal Capai Kemajuan Pada Hari Ke-90 – Roger Chin

0
SHARE

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan didakwa gagal mematuhi sepenuhnya penghakiman Mahkamah Tinggi berkaitan semakan 40 peratus hak hasil Sabah walaupun sudah memasuki tempoh 90 hari sejak keputusan dibuat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dilantik, Roger Chin berkata, hanya satu mesyuarat awal diadakan setakat ini dan ia tidak membawa kepada rundingan substantif seperti yang diarahkan mahkamah, manakala satu lagi mesyuarat pada 19 Disember 2025 ditangguhkan tanpa tarikh baharu.

“Pada tanda aras 90 hari, separuh daripada tempoh yang diperuntukkan oleh mahkamah telah berlalu, tetapi tiada rundingan sebenar mengenai jumlah, metodologi atau garis masa pembayaran.

“Ini tidak boleh dianggap sebagai pematuhan dengan niat penghakiman mahkamah,” tegasnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan semakan di bawah Artikel 112D memerlukan rundingan serius, telus dan berterusan, bukan perbincangan bersifat sementara.

Beliau memberi amaran kegagalan berbuat demikian boleh membawa kepada akibat undang-undang lanjut jika tidak diperbetulkan segera.