MOSCOW – Tentera Rusia memusnahkan sejumlah besar bekalan senjata Barat di tenggara Ukraine dengan menggunakan peluru berpandu jarak jauh, lapor Kementerian Pertahanan Russia dalam satu kenyataan malam tadi.
“Di loji aluminium yang terletak di wilayah Zaporizhzhia, peluru berpandu Kalibr jarak jauh berketepatan tinggi dari laut memusnahkan tempat penyimpanan kapal terbang dengan sejumlah besar senjata asing dan peluru dibekalkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah untuk tentera Ukraine,” kata kementerian dalam satu taklimat yang dipetik AFP.
Ia bagaimanapun tidak menyatakan jenis senjata yang dimusnahkan.Semalam atas jemputan AS, 40 negara mengadakan sidang kemuncak keselamatan di Jerman bagi membincangkan bekalan senjata ke Ukraine, di mana Washington berjanji untuk menggerakkan “langit dan bumi” bagi membantu tentera Kyiv menewaskan Russia.