Russia Hasilkan MIR-19, Ubat Anti COVID-19 Baharu

Russia Hasilkan MIR-19, Ubat Anti COVID-19 Baharu

0
SHARE
Saintis Russia membangunkan uabt anti COVID-19 yang baharu iaitu MIR-19...

VLADIVOSTOK – Kerajaan Russia akan memperuntukkan 387 juta rubel (AS$ 4.8 juta) bagi menghasilkan MIR-19, ubat anti-COVID 19 yang dibangunkan saintis Russia, lapor Xinhua.

Memetik kenyataan Bernama, Perdana Menteri Russia, Mikhail Mishustin melalui satu kenyataan Kabinet pada Ahad baru-baru ini telah menandatangani dekri peruntukan dana tersebut.

Dana itu akan disalurkan kepada Institut Imunologi Agensi Perubatan dan Biologi Persekutuan untuk menaik taraf sistem dan membeli peralatan yang diperlukan.

MIR-19 didaftarkan Kementerian Kesihatan Russia pada 22 Disember 2021 sebagai ubat yang mencegah dan merawat jangkitan COVID-19 melalui pengambilan secara pulmonari atau menerusi hidung.

Ia dapat menghentikan virus daripada berganda dan menghalang jangkitan semakin teruk, serta pneumonitis dan sindrom pernafasan akut.