Sabah Akan Mula Berikan Vaksin Pada Pekerja Kilang, Peruncitan, Pengangkutan Mulai Julai...

Sabah Akan Mula Berikan Vaksin Pada Pekerja Kilang, Peruncitan, Pengangkutan Mulai Julai Ini

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Negeri Sabah akan memulakan pemberian vaksin kepada pekerja kilang, peruncitan, pengangkutan dan lain-lain perkhidmatan sektor perlu mulai bulan Julai.

Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata sebagai pendahuluan strategi tersebut, Pusat Pemberian Vaksin Awam telahpun ditambah bersertakan kebenaran klinik-klinik swasta memberi vaksin pada bulan ini.

“Usaha sedang diambil bagi meningkatkan pendaftaran penerima vaksin dengan mengadakan Program Jangkau Luar melibatkan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan…

“Begitu juga dengan Program Imunisasi Covid Sabah yang kini berada dalam fasa kedua, usaha sedang diambil untuk mempertingkatkan pemberian vaksin,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Datuk Seri Masidi Manjun…

Terdahulu, Masidi yang juga Menteri Kewangan II mengumumkan Tatacara Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Umum di negeri Sabah yang menjelaskan kebenaran operasi bagi perkhidmatan dan barangan perlu sepanjang ‘total lockdown.

“Kerajaan Negeri Sabah sedar situasi yang dihadapi pada masa ini akibat daripada pandemik COVID-19 menjejaskan perkembangan sektor ekonomi dan kelangsungan hidup rakyat Sabah…

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang bermesyuarat pada 2 Jun (Rabu) telah menetapkan bahawa tiada keperluan untuk mendapatkan surat kelulusan daripada MITI untuk rentas daerah bagi pekerja essential services & essential goods di Sabah,” tambah beliau.

Walau bagaimanapun, pekerja-pekerja ini perlu menyediakan surat majikan dan surat kebenaran rentas daerah daripada Polis Diraja Malaysia.