SABAH AMBIL ALIH KUASA KAWAL SELIA BEKALAN ELEKTRIK DAN TENAGA BOLEH BAHARU:...

SABAH AMBIL ALIH KUASA KAWAL SELIA BEKALAN ELEKTRIK DAN TENAGA BOLEH BAHARU: KM HAJIJI

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024 , RUU Bekalan Eletrik 2024 dan RUU Tenaga Boleh Baharu Sabah 2024 pada Mesyuarat Khas Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata dengan kerajaan negeri mengambil alih kuasa kawal selia ke atas bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu, ini akan memudahkan pelan mantap bagi bekalan tenaga stabil di Sabah.

“Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada pembangunan sosio-ekonomi negeri melalui
penyediaan bekalan tenaga yang mencukupi, stabil, berpatutan dan mampan seperti
dalam Pelan Induk Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040) yang dibangunkan
oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) dan dilancarkan pada September tahun lalu
bagi menyokong pelan hala tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.

Ketua Menteri berkata, kerajaan negeri melalui ECoS akan memastikan proses pengambilalihan kuasa kawal selia bekalan elektrik dilaksanakan secara berkesan dan teratur tanpa sebarang gangguan kepada pihak pemegang taruh dalam industri bekalan elektrik di negeri ini.

Beliau berkata inisiatif itu juga adalah sebahagian daripada penurunan kuasa di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telah meluluskan tiga Rang Undang-Undang dalam sidang khas hari ini yang memberi ruang kepada Sabah untuk secara rasmi mengambil alih kuasa mengawal selia sektor bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu daripada kerajaan Persekutuan.

Ini membabitkan Rang Undang-Undang (RUU) Bekalan Elektrik 2024; Tenaga BolehnBaharu 2024 dan Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024.

Selepas pewartaan enakmen itu, ECoS akan menjadi badan berkuasa yang mengawal selia sektor bekalan elektrik dan tenaga bolehbaharu di Sabah berkuat kuasa serta-merta.

ECoS telah pun memperoleh kuasa kawal selia ke atas sektor bekalan gas daratan sejak 10 Januari tahun lalu.