Sabah Benarkan Majlis Rasmi Kerajaan, Swasta Bermula Hari Ini (4 Okt)

Sabah Benarkan Majlis Rasmi Kerajaan, Swasta Bermula Hari Ini (4 Okt)

0
SHARE
Datuk Seri Panglima Masidi Manjun...

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Negeri membenarkan majlis rasmi kerajaan dan swasta termasuklah perasmian dan bengkel bermula hari ini (4 Okt), demikian menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

Masidi yang juga Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah berkata, kebenaran itu adalah mengikut syarat iaitu semua yang hadir telah lengkap divaksin dan kapasiti 50 peratus (50%) ruang premis.

“Bagi individu belum divaksin atas masalah kesihatan atau perubatan yang telah disahkan pegawai perubatan berdaftar, perlu menjalani ujian pramajlis menggunakan kit ujian kendiri (saliva) sebelum hadir disaksikan penganjur atau pengesahan daripada pengamal perubatan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata Sabah mengekalkan trend penurunan kes positif dengan catatan sebanyak 767 kes, iaitu penurunan marginal 17 kes berbanding semalam sebanyak 784 kes.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 03 Oktober 2021…(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

Beliau berkata trend penurunan kumulatif kes Sabah pada kelmarin (3 Okt) sejajar dengan jumlah daerah yang mencatatkan penurunan iaitu 15 daerah, manakala 11 daerah lain mencatatkan sedikit peningkatan.