KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Negeri memutuskan untuk membenarkan remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun divaksin bermula esok (16 Sept).
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata perkara itu telah dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet Negeri di sini, hari ini.
“Ini juga sejajar dengan pendirian Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan seramai remaja dalam kumpulan berisiko tinggi yang mungkin agar diberikan vaksin sebelum pembukaan semula sekolah pada 3 Oktober,” katanya dalam sebuah kenyataan.