Sabah Catat 172 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

Sabah Catat 172 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU: Jumlah jangkitan baharu yang dicatatkan hari ini hampir sama dengan jumlah semalam, 172 kes, iaitu penurunan 4 kes berbanding hari sebelumnya.

Jumlah daerah yang mencatatkan peningkatan dan penurunan kes baharu adalah seimbang, kata jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

“Masing-masing 12 daerah, manakala 3 daerah lagi kekal sebagaimana catatan semalam.

“Perubahan jumlah jangkitan harian di hampir semua daerah di Sabah adalah pada kadar satu angka sahaja kecuali Kota Kinabalu (+17 kes) dan Penampang (-15 kes),” katanya.

Menurut beliau, bilangan kes harian sejak kebelakangan ini menunjukkan Sabah berada dalam fasa stabil dengan jumlah kes harian dalam lingkungan angka 200 kes sahaja.

“Walaubagaimanapun, rakyat perlu sentiasa berhati hati dan tidak alpa kerana peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi, hari ini pada kadar 68 peratus,” tegasnya…

Dalam pada itu, tidak ada kes baharu di Nabawan dan Tongod.

Terdapat lima (5) kes dalam Kategori 3, dua (2) kes dalam Kategori 4 dan satu (1) kes dalam Kategori 5 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin.

Kota Kinabalu 57 (40)
Penampang 12 (27)
Sandakan 12 (4)
Papar 10 (17)
Beaufort 9 (6)
Tuaran 8 (10)
Tenom 7 (7)
Kudat 6 (2)
Tambunan 5 (4)
Kuala Penyu 5 (4)
Lahad Datu 5 (2)
Sipitang 5 (1)
Telupid 4 (2)
Keningau 4 (6)
Tawau 4 (7)
Kota Marudu 3 (5)
Putatan 3 (12)
Semporna 2 (2)
Ranau 2 (6)
Kinabatangan 2 (2)
Pitas 2 (1)
Kota Belud 2 (3)
Beluran 1 (2)
Kunak 1 (0)
Kalabakan 1 (0)
Nabawan 0 (1)
Tongod 0 (3)