KOTA KINABALU, SABAH 0 Setelah mencatatkan penurunan 66 kes kelmarin, jumlah kes di Sabah meningkat 24 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 287 KES.
Kota Kinabalu merekodkan kes tertinggi hari ini dengan 57 kes (+10), diikuti Papar dengan 37 kes (+25) dan Ranau 33 kes (+19).
Tuaran, Kota Belud dan Penampang mencatat penurunan jumlah kes harian pada skala yang kecil.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kebanyakan daerah mencatatkan jumlah kes di bawah paras 20 kes dengan 15 daerah hanya mencatatkan satu (1) angka sahaja.
“Tidak ada kes baharu di tiga (3) daerah,” katanya dalam sebuah rumusan harian kes.
Beliau berkata seramai 54 orang daripada pesakit hari ini melibatkan warga asing dan secara keseluruhannya, 132 pesakit atau 46 peratus (46%) adalah wanita.
“Hampir 20 peratus (20%) daripada jangkitan hari ini melibatkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang belum layak menerima vaksin,” tambahnya.
Seramai 277 orang daripada 287 pesakit adalah dalam Kategori 1 dan 2 yang mana pesakit dalam kategori ini hanya memerlukan pemantauan dan rawatan di rumah atau pusat kuarantin.
“Hanya seorang pesakit bagi setiap Kategori 3, 4 dan 5. Kes yang melibatkan tujuh (7) lagi pesakit masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,” ujarnya.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (11 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 57 (47)
Papar – 37 (12)
Ranau – 33 (14)
Putatan – 19 (16)
Tuaran – 18 (27)
Kota Belud – 18 (17)
Penampang – 16 (25)
Sandakan – 12 (12)
Tenom – 12 (16)
Kota Marudu – 8 (9)
Beaufort – 7 (18)
Tawau – 7 (5)
Kuala Penyu – 6 (6)
Kinabatangan – 6 (2)
Keningau – 5 (6)
Pitas – 5 (6)
Tambunan – 4 (3)
Beluran – 4 (2)
Kudat – 4 (2)
Telupid – 3 (10)
Lahad Datu – 2 (7)
Sipitang – 2 (1)
Nabawan – 1 (0)
Tongod – 1 (0)
Semporna – 0 (0)
Kunak – 0 (0)
Kalabakan – 0 (0)





