KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes COVID-19 baharu bagi Sabah hari ini ialah 497 KES, iaitu penurunan 114 kes berbanding angka kelmarin.
Kebanyakan daerah mencatat penurunan kes kecuali beberapa daerah seperti Penampang, Papar dan Tenom.
Hanya daerah Kota Kinabalu dan Tuaran mencatatkan kes jangkitan diatas paras angka 50 manakala Nabawan dan Tongod mencatat sifar (0) kes.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes jangkitan secara sporadik kekal tinggi dengan 36 peratus (36.2%) daripada jumlah keseluruhan.
“Kes yang berlaku secara sporadik dikesan apabila pesakit mengalami gejala jangkitan virus COVID-19 dan seterusnya menjalani saringan kesihatan…
“Kes saringan bergejala ini sukar ditentukan kes indeks (individu punca) mahupun tempat dimana jangkitan berlaku.
“Yang pasti ialah jangkitan berlaku kerana kelalian mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal atau penggunaan pelitup muka,” katanya.
Beliau mengingatkan lagi penduduk negeri ini bahawa pengambilan vaksin tidak memberi perlindungan seratus peratus (100%) daripada jangkitan.
Tetapi pengambilan vaksin, meskipun lengkap, sekadar melindungi badan daripada mengalami kesan jangkitan seriues yang memerlukan rawatan di hospital dan penjagaan rapi.
“Statistik jangkitan yang dicatat hari ini menunjukkan 66 peratus (66.8%) pesakit adalah mereka yang telah melengkapkan pengambilan vaksin…
“Angka yang tinggi ini agak membimbangkan kerana ia mencerminkan sikap alpa dan tidak-peduli sebahagian besar mereka yang sudah lengkap divaksin daripada mematuhi semua SOP.
“Mereka mungkin berandaian mereka sudah kebal daripada jangkitan virus setelah melengkapkan pengambilan vaksin,” katanya.
Hakikatnya mereka tidak kebal daripada jangkitan, kata Maisidi.
“Ini terbukti dengan 98 peratus kes hari ini hanyalah pesakit dalam Kategori 1 dan 2 yang tidak memerlukan rawatan di hospital…
“Tetapi harus diingat bahawa tidak kira dalam apapun kategori, seorang pesakit tetap pembawa virus dan boleh menjangkiti ahli-ahli keluaraga lain di rumah,” tegasnya.
Dalam pada itu, hanya 8 kes hari ini yang dianggap serius dan memerlukan rawatan di hospital termasuk rawatan rapi.
Empat (4) orang berada dalam Kategori 3, tiga (3) orang dalam Kategori 4 dan seorang orang sahaja dalam Kategori 5. Sebanyak lima (5) kes lagi masih dalam penilaian pihak Jabatan Kesihatan.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (13 Nov) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 80 (95)
Tuaran – 61 (53)
Penampang – 42 (28 )
Kota Marudu – 35 (40)
Papar – 33 (20)
Ranau – 30 (49)
Tenom – 29 (17)
Kota Belud – 23 (68 )
Keningau – 22 (16)
Beaufort – 19 (52)
Kudat – 16 (32)
Kinabatangan – 15 (15)
Tambunan – 13 (25)
Sandakan – 13 (8 )
Sipitang – 12 ( 12)
Putatan – 11 (19)
Kuala Penyu – 8 (8 )
Lahad Datu – 8 (12)
Tawau – 7 (7)
Telupid – 6 (6)
Pitas – 5 (5)
Beluran – 3 (17)
Kunak – 3 (2)
Kalabakan – 2 (0)
Semporna – 1 (1)
Nabawan – 0 (1)
Tongod – 0 (0)





