Sabah Catat Penurunan Kes COVID-19 Hari Ini

Sabah Catat Penurunan Kes COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah kembali mencatatkan penurunan kes harian dengan 1,154 kes baharu iaitu 198 kes lebih rendah daripada jumlah jangkitan semalam.

Walaubagaimanapun, peratusan kes bergejala yang berpunca daripada jangkitan sporadik kekal tinggi pada 60 peratus daripada jumlah kes keseluruhan.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes bergejala secara konsisten merupakan kategori kes terbanyak di kebanyakan daerah Sabah.

“Hari ini 21 daripada 27 daerah merekodkan kes bergejala atau jangkitan sporadik sebagai penyumbang utama kes baharu,” katanya dalam rumusan harian kes.

Satu kluster tempat kerja iaitu Kluster Persiaran Palma diisytiharkan tamat hari ini. Kluster tersebut melibatkan lokaliti Tuaran, Papar dan Penampang.

Setakat ini sebanyak 30 kluster lagi masih aktif di Sabah.

“Hanya dua daerah mencatatkan kes tiga angka hari ini, iaitu Kota Kinabalu (265 kes) dan Papar (109 kes)…

“Sembilan-belas (19) daerah lagi mencatatkan kes dua angka manakala empat (4) daerah iaitu Nabawan, Kunak, Tongod dan Kalabakan mencatat satu angka.

“Daerah Semporna menjadi daerah tunggal yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu,” tambah beliau.

Tujuh (7) kes hari ini berada dalam Kategori 3, lima (5) dalam Kategori 4 dan empat (4) kes dalam Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (10 Mac 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 265 (365)
Papar – 109 (111)
Tuaran – 91 (113)
Beaufort – 86 (48)
Sandakan – 76 (48)
Penampang – 65 (119)
Keningau – 57 (64)
Putatan – 40 (30)
Tawau – 39 (47)
Kota Marudu – 36 (33)
Kuala Penyu – 35 (38)
Sipitang – 33 (36)
Lahad Datu – 29 (39)
Kota Belud – 27 (38)
Tenom – 25 (58)
Tambunan – 20 (33)
Kudat – 20 (18)
Beluran – 18 (13)
Ranau – 18 (36)
Pitas – 16 (18)
Kinabatangan – 14 (8)
Telupid – 11 (4)
Nabawan – 9 (12)
Kunak – 7 (6)
Tongod – 5 (12)
Kalabakan – 3 (3)
Semporna – 0 (2)