SEDCO Serah RM277,697 Zakat Perniagaan

SEDCO Serah RM277,697 Zakat Perniagaan

0
SHARE
Sedco
Anak-anak yatim bergambar kenangan bersama pihak pengurusan SEDCO semasa Majlis Iftar Ramadan Sedco 2024 di Hyatt Regency Hotel ( Sumber Foto: Ihsan SEDCO )

KOTA KINABALU, SABAH – Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) menyerahkan zakat perniagaan secara berkelompok berjumlah RM277,697.16 kepada Pusat Zakat Negeri Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Antara Syarikat Kumpulan SEDCO yang menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2023 ialah SEDCO sebanyak RM200,000, Perkasa Realty Sdn Bhd (RM30,000), IIB Insurance Brokers Sdn Bhd (RM30,000) dan Sedcovest Holdings Sdn Bhd membayar haul Perniagaan bagi tahun 2022 sebanyak RM17,697.16 di sini semalam.

Penyampaian akad disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Ramlan Awang Ali bersama Ketua Bahagian Zakat,  Iwansuzairie Hari.

Akad Zakat Perniagaan SEDCO bagi tahun 2023 dilafazkan oleh Timbalan Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Azrul Ahmad dan disaksikan oleh Timbalan Pengerusi SEDCO Datuk Seri Dr Arsit Sedi.

Sementara itu, akad bagi Syarikat Kumpulan masing-masing dibaca oleh Pengurus Besar (PB)/CEO Mat Saidi Minting- PB PRSB, Tuah Tahir – PB IIB,  Abd Rahim Mohd Zain- PB SVH.

Turut diadakan penyampaian sumbangan untuk aktiviti dan kelengkapan berupa RM1,000 kepada masjid, rumah Kebajikan dan persatuan.

SEDCO menyumbang kepada Masjid Daerah Putatan, Masjid Nurul Islam Kampung Peringatan Petagas, Masjid Sembulan, Masjid Bandaraya, Rumah Amal Kasih dan Persatuan Penasihat Kewangan Islam Sabah.

Seterusnya sumbangan SEDCO kepada golonga anak yatim, mualaf dan asnaf berupa baju raya dan duit raya.

Seramai 20 daripada anak berkenaan akan disalurkan kepada pendalaman Sabah di Pagalungan, Sook.

Penyerahan tersebut akan disampaikan dalam bulan Ramadan ini oleh Badan Islam Kumpulan SEDCO dan 30 anak yatim.

Penerima sumbangan terdiri daripada pesakit Hospital Likas, pelajar SK Tg Aru II, Kelas Perdana Prospek Kaunselor dan Rumah Amal Kasih.