
KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes baharu positif COVID-19 Sabah pada Jumaat (25 Jun) dilaporkan sebanyak 156 KES iaitu berlaku penurunan sebanyak 47 kes dari sebelum ini (Khamis).
Dalam pada itu, Jurucakap COVID-19 negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata SATU (1) kes kematian dilaporkan di daerah Tawau.
“Dua lokaliti di Tawau, Kampung Pukat Tanjung Batu Laut dan Kampung Baru Pasir Putih dikenakan Perintah Kawalakan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)…
“Begitu juga dengan dua lokaliti di Sandakan iaitu Lorong 12, 15 & 16, Taman Fajar dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni,” jelasnya.
Tempoh perlaksanaan PKPD kawasan tersebut berkuat kuasa 27 Jun sehingga 10 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.
Pada masa sama, PKPD Taman Puri Warisan di Kota Kinabalu, Kampung Skim Cocos di Kunak, dan Taman Telipok Jaya di Tuaran ditamatkan awal.
“Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan,” kata Masidi.