KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatatkan penurunan sebanyak 199 kes berbanding semalam dengan keseluruhan 562 KES hari ini.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes dibawah paras angka 600 itu adalah yang terendah sejak 24 Julai lalu.
Katanya lagi bilangan daerah yang mencatatkan penurunan juga lebih banyak daripada daerah yang mencatatkan peningkatan.
“Sejumlah 18 daerah mencatat penurunan dan lapan (8) daerah mencatatkan peningkatan kes, satu (1) daerah kekal dengan catatan sebagaimana semalam dan dua (2) daerah mencatat sifar kes iaitu Tambunan dan Kuala Penyu…
“Tidak ada daerah yang mencatatkan angka jangkitan baharu dalam tiga (3) angka dan hanya daerah Beluran yang mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka,” jelasnya.
Beberapa daerah lain yang menunjukkan penurunan kes signifikan adalah Kota Belud -36 kes, Kota Kinabalu -35 kes, Tuaran -34 kes, Tenom -26 kes, Kota Marudu -14 kes, Tambunan -14 kes, Ranau -13 kes dan Lahad Datu -11 kes.
Masidi berkata faktor yang mempengaruhi angka jangkitan setiap hari tidak boleh diramal dengan tepat kerana masih terdapat kes yang didaftar lewat sehingga melebihi lima (5) hari.
“Sebagai contoh, Daerah Kota Kinabalu mencatatkan 65 kes yg lewat didaftar antara dua (2) hingga tiga (3) hari, diikuti Penampang 24 kes, Papar 27 kes, Ranau 19 kes dan Tenom 22 kes…
“Kejayaan mengawal penularan baru yang akan mengakibatkan peningkatan kes banyak berkait rapat dengan tahap pematuhan masyarakat terhadap semua prosedur operasi standard (SOP) yang berkuatkuasa,” katanya.
Dalam pada itu, kes Saringan Bergejala kekal tingggi iaitu hampir 34 peratus (34%) aripada keseluruhan kes.
Masidi berkata jumlah kes secara keseluruhan pada hari ini ialah 562 kes, tetapi kes sebenar yang didaftarkan dalam tempoh 24 jam lepas hanyalah 294 kes ataupun 52.31 peratus daripada jumlah kumulatif kes hari ini.
Manakala golongan pesakit tertinggi berada dalam Kategori 2 iaitu hampir 79 peratus dengan 443 kes.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (10 Okt) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 69 (104)
Kota Belud – 44 (80)
Ranau – 41 (54)
Keningau – 40 (45)
Papar – 32 (30)
Penampang – 32 (24)
Lahad Datu – 31 (42)
Pitas – 30 (29)
Sandakan – 26 (33)
Tenom – 26 (52)
Beluran – 25 (15)
Tuaran – 25 (59)
Kota Marudu – 21 (35)
Beaufort – 20 (23)
Putatan – 18 (22)
Kudat – 16 (14)
Tawau – 15 (20)
Telupid – 11 (14)
Tongod – 9 (3)
Semporna – 8 (8)
Kinabatangan – 7 (14)
Sipitang – 6 (4)
Kunak – 5 (12)
Nabawan – 3 (8)
Kalabakan – 2 (0)
Tambunan – 0 (14)
Kuala Penyu – 0 (3)